Online Diary ◕‿◕ najeeha ramli ◕‿◕: Cinta Remaja

November 13, 2011

Cinta Remaja

assalamualaikum !
oke ..tok posting hari nieyh jieha nak cakap pasal "cinta remaja"..
remaja?? antare korang kebnyakknye remaje ..right ??

ape tu remaja ??
Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa..
remaja..mase zaman remaja lah kite nak try sume bnde..actully jieha pon same gak..janji tahu baza antare baik or burok !
back to the point..kite story about cinta remaja..
jom baca !
Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.

Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaigan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.

Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan Kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.

Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.

Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah “cinta” bagi lelaki dan wanita...
erm..hope korang boleh beza mane kaca or permata ..ahahakk
k lah ..sampai sini jelah entry tok kali nieyh..

# NOTA KAKI : hope korang enjoy dengan ape yang jieha share ye..sharing uh caring..it's meant jieha care dengan korang..ahahakk
if korang suke jgn lupe like ye .. #
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 oo blogger's respon at jieha:

aRa ❤ aFiq™ said...

kecik2 ta ley bcinta.. :D

najeeha ramli said...

@aRa ❤ aFiq™
hehekk..kecik ke kak..oke ..x bercintan pon

ยช
Copyright © . All Right Reserved by Najeeha Ramli