Online Diary ◕‿◕ najeeha ramli ◕‿◕: Apa Itu R.I.N.D.U ?

November 27, 2011

Apa Itu R.I.N.D.U ?

Assalamualaikum…hyep all reader's . .korang sehat ? hope korang sehat-sehat je..demam jieha pon dah makin oke..alhamdulillah lah kan.. korang jieha nak citer something nieyh..
ary ru ade soran g "gadis" nieyh tanye jieha ..ape tu rindu ?
haha..solid nye lah soalan dye kan..
hah ! sebenarnye sume orang akan rase rindu kan..

Okay hari ni jieha nak berceritakan tentang satu emosi yang sememangnya terdapat dalam diri manusia normal.. Rindu, adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Kalau bercerita pasal rindu kebanyakan dari kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu ini lebih dari itu.
Rindu selain kepada manusia boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. Kebiasaannya perasaan rindu akan datang apabila sesuatu itu hilang untuk jangka waktu yang lama tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah.. HUhuhuhu.. Adakah anda seperti itu??
Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman. Walaubagaimanapun perasaan rindu yang tidak terkawal mampu menyebabkan individu terbabit tidak mampu melaksanaka sesuatu tugas dengan baik..

jieha yakin anda semua biasa mengalami perasaan rindu terutamanya apabila korang bersendirian.. Bagi mengelakkan perasaan rindu jieha nak share beberapa tips ini :- ( sumber google )

a) Jangan terlalu kerap menghubungi individu yang dirindui. Ini bagi mengurangkan tahap sayang terhadap individu terbabit..
b) Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti luar.. Dengan melakukan aktiviti luar sedikit sebanyak kerinduaan terhadap seseorang itu dapat dikurangkan.
c) Terdapat juga kes-kes mereka yang merindui orang yang telah pergi meninggalkan diri.. Kita seeloknya patut lebih realistik dengan kehidupan.. Cuba-cubalah mencari rakan-rakan yang baru bagi menggantikan yang telah pergi..
d) Bagi mereka yang belajar di luar negara sudah semestinya rindu pada kampung halaman menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan.. Banyak-banyakkan berjalan dan melihat dunia ciptaan ALlah yang luas ini.
e) Berdoa dan sentiasa ingat kepada Tuhan. Bagi yang beragama Islam amat-amatlah digalakkan untuk beribadat sama ade solat, membaca Al-QUran, berdoa dan sebagainya. Ini sudah semestinya cara yang efektik dan sentiasalah merinduiNya… AMIN..
f) Mencari hobi yang mampu mengisi kekosongan perasaan rindu.. korang boleh cuba banyak hobi seperti melukis, menulis, origami dan sebagainya..

oke ..that's all je yang mampu jieha kongsi kan..
# NOTA KAKI : for "gadis" tu..rindu nieyh sememang nye satu emosi yang normal ..bnde jadi at sume orang..orang tua=tua kate kalau kite rindu dekat someone tu..that's meant dye pon ridu dekat kite tau..so jgn sedih-sedih keyh :D #
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 oo blogger's respon at jieha:

ÂŞ
Copyright © . All Right Reserved by Najeeha Ramli