Online Diary ◕‿◕ najeeha ramli ◕‿◕: tips macamane nak lupe kan someone..

November 5, 2011

tips macamane nak lupe kan someone..

assklamualaikum to reader's yg tercinta!.. ahahakk
korang hari nieyh jieha nak nak share satu tips or opinion lah erk...pasal ape?? erm ..pasal "macamane nak lupe kan someone"..hope korang enjoy ngan tips nieyh..bagi yang nak mencuba..try la ye..menjadi or x..lau menjadi g tau jieha erk >.< ..


jom terjah ye ..

--->Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh. Syaugia diingatkan bahawa
kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi 100% seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.

# Bagaimana cara-cara untuk melupakannya? #

(1) Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Berfaedah - Anda boleh melupakan kenangan-kenangan lama dengan si dia dengan menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti. Bersedialah untuk berkorban demi kejayaan. Bersedialah untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab baru. Kesibukan akan menyebabkan anda perlahan-lahan dapat melupakan kenangan lalu.

(2) Elakkan Diri Daripada Bersendirian - Perasaan sayang yang mendalam dan keterlaluan mungkin sukar untuk dibuang dalam masa yang singkat. Untuk itu, elakkan diri anda daripada bersendirian. Carilah orang untuk berbicara, dan suatu masa nanti anda akan menemui nilai-nilai tertentu dalam diri orang-orang yang bertemu dengan anda, Dan nilai-nilai itu akan mengubati luka akibat kesan kekecewaan, sakit hati yang telah diperkuatkan oleh kasih sayang anda terhadap orang yang ingin anda lupai.

(3) Elakkan Persoalan Berkaitan Orang Yang Ingin Dilupai - Ada sesetengah orang, apabila kecewa dengan seseorang, dia akan pergi menjauhkan diri daripada orang ramai atau daripada kawan-kawan. Dalam sesetengah kes, ini mungkin berkesan sekiranya tujuan dia untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan soalan-soalan berkaitan dengan orang yang ingin dilupai.

(4) Pulangkan Atau Buangkan Segala Barangan Yang Mengandungi Nilai Perasaan - Kadangkala anda melupakan seseorang bukan kerana anda benci lantaran perasaan kecewa anda terhadap seseorang itu, tetapi kerana masih ada nilai perasaan dalam kenangan tertentu yang ingin anda lupakan. Nilai-nilai inilah yang menjana perasaan sedih dan murung dalam hidup anda. Sesetengah orang mengambil langkah pantas dengan memadamkan semua benda yang boleh mengembalikan ingatan atau kenangan terhadap orang yang ingin dilupai. Cenderamata, hadiah, surat atau foto dibuang atau dibakar. Perasaan berat hati dilawan dan ditentang demi kebahagiaan pada kemudian hari.

(5) Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.

# NOTA KAKI : oke x ?? try la ye..lau mnjadi tinggal kan komen awak sume n lau suke jangan lupe like..like fanpage jieha sekali ye..one more thing ! “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi” #
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 oo blogger's respon at jieha:

ยช
Copyright © . All Right Reserved by Najeeha Ramli