Online Diary ◕‿◕ najeeha ramli ◕‿◕: Kasih Sayang Seorang Sahabat

November 25, 2011

Kasih Sayang Seorang Sahabat

assalamualaikum sume..now jieha "not in mood' ..bukan pe x sehat siket lah..maybe sbb main ujan kowt. .
nakal kan jieha nieyh..dah besar-besar pon main ujan ..entah pape lah kan..petang tadi smpai ade kawan jieha yang mai dtg umah sbb nak tgok jieha..thankz kawan ! sorry x dapat nak kuar dengan kau..aq demam lah . .
itu lah yang dinama kan "kasih sayang seorang sahabat"..betul x ?



Tahun 2011ini jieha dapat merasai erti seorang sahabat yang sebenar..Walaupun dapat merasai nikmatnya perasaan ini hanya ketika setelah 16tahun usia hidup namun jieha bersyukur masih diberi kesempatan Allah untuk merasai nikmat ini. Kasih sayang antara sahabat ini terasa mendalam sehingga ke lubuk hati.. jieha juga memahami erti kasih sayang antara sahabat ini bersama beberapa orang sahabat sehingga mereka-mereka ini terasa benar telah menjadi sebahagian dari diri.. Mungkin ada yang turut merasai apa yang dirasai oleh jieha atau mungkin ada yang merasakan tidak mungkin kasih sayang antara sahabat boleh pergi sejauh itu. Namun jieha percaya ianya mampu terjadi jika kasih sayang ini adalah hanya kerana Allah..

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis berikut tepat mengenai diri jieha.. Apabila bersahabat seikhlasnya, jujur dan penting hanya kerana Allah, sahabat kita itu akan seperti sebahagian diri kita. Ibarat cubit peha kiri peha kanan turut terasa.. Mungkin inilah sebenarnya ukuran untuk menilai yang mana sahabat dan yang mana tidak.. Sahabat akan sentiasa berkongsi rasa tidak kira manis, pahit, payau dan sebagainya.. =)

"Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya."

Segala yang terjadi dalam kehidupan ini telah ditentukan Allah..begitu juga seorang sahabat..sahabat juga mungkin merupakan salah satu wadah Allah menyampaikan hidayahNya kepada kita.. Itu yang jieha rasakan dan jieha percaya. Melalui sahabat Allah menyampaikan teguran dan peringatan.. Mungkin ada di antara sahabat yang pernah melalui ataupun terfikir tentang situasi yang ingin jieha kongsikan ini. Semoga perkongsiaan jieha ini dapat membantu dan membuka jalan percambahan minda korang.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Jika kita rujuk kepada hadis ini tanpa dikupas atau dilihat dari perspektif lebih luas maka mungkin tidak akan ada muslimah yang menjaga agamanya, auratnya sesempurna mungkin dan lain-lain suruhan Allah ingin mendekati dan berkawan dengan muslimah lain yang tidak menjaga auratnya sebagai contoh tidak bertudung atau mungkin tidak menjaga solatnya. Ini terjadi kerana tidak mahu terpengaruh atau dianggap buruk oleh orang lain kerana berkawan dengan mereka yang tidak menjaga aurat sepertinya atau sebagainya.Jika keadaan ini berlaku maka mungkin selama-lamanya muslimah yang tidak menjaga solatnya, auratnya (saya sebutkan solat dan aurat kerana perkara ini yang mudah dilihat) tidak akan kembali ke jalan Allah. Mungkin akan ada di antara kalian akan mengatakan hidayah itu milik Allah, hanya diri sendiri yang boleh merubah diri.. Namun, jangan dilupa, kita sebagai insan yang dekat dengan muslimah-muslimah ini juga mempunyai tanggungjawab untuk menegur. Kita juga mungkin akan dipersoalkan di akhirat kelak. Sedangkan kita mampu menegur atau mampu memimpin mereka ke jalan Allah. Saya kira jalan yang kita ada dan lebih berkesan adalah dengan berkawan dengan mereka..

jieha percaya..Setiap insan itu dilahirkan seperti kain putih..Suci..Nilai yang baik itu telah sedia ada dalam diri masing-masing.. Cuma mungkin ia terperuk jauh di dasar hati.. Maka apa yang boleh dilakukan adalah dengan menyerlahkan kembali nilai-nilai baik yang telah sedia ada ini.. Cara paling mudah adalah dengan menunjukkank pekerti yang mulia serta mengamalkan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Namun begitu awas sahabat, cara ini mungkin tidak akan semudah yang disangka.

Jangan dipandang lekeh insan-insan lain yang mungkin pada mata kita tidak sempurna menjaga agamanya. Sesungguhnya ini mungkin akan menimbulkan sifat takbur tanpa kita sedar. Mohon dijauhkan Allah.. Saya ambil contoh mudah..Terdapat seorang muslimin mencela seorang muslimat yang tidak memakai tudung sedangkan dia tidak berusaha mengingatkan muslimat tersebut. Muslimin tersebut juga tidak mengetahui apa yang terdapat dalam hati muslimat tersebut. Mungkin muslimat tersebut sedang mencari kekuatan untuk berubah. Sesungguhnya hati manusia itu sukar kita tafsir.. Kerana hal itu juga muslimat tersebut telah merasa malu, terhina dan kecil hati terhadap muslimin tersebut. (sahabat dapat lihat di sini? dosa sesama manusia). Muslimin itu mungkin tidak sedar..Minta dijauhkan..

Namun begitu, jieha melihat tukang besi yang dimaksudkan dalam hadis di berikut mungkin insan2 yang kita kenali pencuri, perompak, penagih dan sebagainya. Jika tidak berhati-hati maka kain akan terbakar ketika mendekatinya. Berhadapan dengan insan-insan seperti ini pada pendapat jieha harus dengan senjata.. Senjata maksud jieha adalah ilmu yang cukup dan kekuatan yang ampuh.. Tanpa kedua ini, kita mungkin akan tertewas dan mungkin akan menjejaki mereka.. Mohon dijauhkan Allah...

Allah itu Maha Penyayang.. Allah akan membantu jika niat kita itu murni.. Maka setelah usaha dilakukan doa dan tawakallah jalan penutupnya.

# NOTA KAKI :ini hanya sekadar perkongsian dan merupakan pendapat dari jieha..jika ada salah mohon diperbetulkan..yang baik itu dari Allah, yang salah itu dari kekurangan jieha..Wallahualam... kepade kengkawn jieha same ade at facebook/blogger/twitter or mane-mane yang mngenali jieha..jieha nak korang tau..jieha sayang korang tau ! . .#
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 oo blogger's respon at jieha:

ยช
Copyright © . All Right Reserved by Najeeha Ramli