Online Diary ◕‿◕ najeeha ramli ◕‿◕: Filem Titanic

November 26, 2011

Filem Titanic

assalamualaikum korang..heheh
korang-korang..korang msty penah tgok mkan crite titanic..awesome right cite tu..kalau nak di kire smpai x trkire lak bape kali jieha tgiok crite tu . .best sgt-sgt..
lagi hero dte tu perrgghh !
mnat gilew at leonardo dicaprio..haha

oke..nieyh jieha share sikit lah about titanic nie..bukan titanic yang true tau..pasal titanic yang "filem" hehe. .

Titanic.
Rose, yang baru berusia 17 tahun pada April 1912, menaiki kapal tersebut sebagai penumpang kelas atasan bersama ibunya, Ruth DeWitt Bukater, dan tunangnya, Caledon Hockley, seorang usahawan industri. Rose tidak terlalu menyintai Caledon, tetapi ibunya tetap mendesak untuk mengahwininya kerana masalah kewangan yang meruncing dan tidak mahu meninggalkan kehidupan yang mewah dalam golongan elit. Manakala seorang lagi adalah pelukis yang hidup bertualang yang bernama Jack Dawson memenangi tiket kelas ketiga menaiki kapal tersebut dalam satu perjudian poker.
Rose tidak begitu gembira dengan pertunangannya dan juga kehidupannya yang terkongkong lalu memutuskan untuk membunuh diri dengan terjun dari buritan kapal. Jack melihat keadaan itu dan menghalang Rose dari melakukannya. Dengan keberatan, Caledon menjemput Jack untuk makan malam bersama mereka untuk hari keesokannya di dewan jamuan kelas pertama untuk membalas jasanya. Dalam pada itu, Rose dan Jack menjalinkan persahabatan dan berkongsi pengalaman dan kisah hidup mereka dengan Jack menceritakan pengembaraan dan perjalanannya serta Rose yang menceritakan harapannya. Kemudian, Jack menunjukkan buku lukisannnya. Ikatan mereka semakin kuat apabila mereka melarikan diri dari jamuan makan kelas pertama ke parti kelas ketiga.
Jack kini telah jatuh cinta dengan Rose, tetapi Rose cenderung untuk tidak mempedulikan perasaan mereka yang semakin menebal disebabkan pertunangannya dan tahap sosialnya. Tetapi, Rose akhirnya memutuskan untuk melepas semua itu dan menawarkan hatinya kepada Jack. Rose meminta Jack melukis potretnya dengan hanya memakai kalung berlian Heart of the Ocean, potret yang sama dijumpai pemburu harta 84 tahun kemudian. Mereka turut menjalinkan hubungan sulit kemudiannya.
Dalam pada itu, Kapten Edward J. Smith dan krewnya seolah-olah tidak menghiraukan amaran yang dihantar tentang medan apungan ais yang berada dalam laluan yang dilalui oleh Titanic malah Titanic mengekalkan kelajuan tinggi seperti yang dicadangkan oleh pengarah urusan White Star Line, J. Bruce Ismay walaupun pada waktu malam. Pada malam 14 April 1912, dua pemerhati telah terlihat ketulan ais terapung atau aisberg betul-betul di hadapan laluan mereka. Walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh krew dan jurutera, kapal tetap mengalami limpahan air yang hebat di petak bawah melampaui muatan atau had "tidak tenggelam" dan menyebabkan kapal mengalami bencana yang tidak dapat dihentikan. Caledon mengetahui hubungan di antara Jack an Rose dan geram lalu merancang satu perangkap untuk memfitnah Jack mencuri berliannya. Walaupun Rose berpeluang untuk melepaskan diri dengan awal dari bahaya kapal dengan menaiki bot keselamatan bersama ibunya, dia tetap melarikan diri dari Caledon — dan peluangnya untuk menyelamatkan diri ke dalam bot keselamatan — untuk mencari dan menyelamatkan Jack. Jack berjaya dilepaskan dan kini mereka terpaksa keluar dari bawah kapal dengan cepat. Mereka berhadapan dengan banyak halangan termasuklah terkunci dan sikap ganas Caledon yang memaksa mereka kembali ke dek bawah. Mereka berjaya naik semula ke dek atas tetapi kali ini bot keselamatan sudah tiada lalu, mereka bersama ratusan penumpang lain yang ketakutan terpaksa mencari ruang untuk bertahan sebelum Titanic karam sepenuhnya ke dalam lautan sejuk. Buritan kapal menaik dan menjulang tinggi sehingga beratnya menjadikannya patah dua dan bahagian haluan terus tenggelam dan menghilang. Bahagian buritan pula karam pada 2:20 pagi 15 April.
Rose dan Jack bersama dengan ratusan penumpang yang lain menunggu di permukaan air yang menjerit untuk meminta bantuan daripada bot penyelamat. Ketika pegawai membuat keputusan untuk berpatah balik, hampir semua penumpang telah mati akibat hipotermia dalam Lautan Atlantik yang membeku. Rose kecewa kerana Jack telah mengalah dan meniggalkannya. Dia mengucapkan selamat tinggal dan menarik perhatian bot keselamatan untuk menyelamatkannya. Penumpang yang terselamat di atas bot penyelamat menunggu selamat empat jam sehingga RMS Carpathia, kapal yang terdekat yang menjawab dan membalas isyarat radio Titanic', tiba menyelamatkan mereka. Ketika tiba di Bandar New York, Rose mendapati dia masih memiliki Heart of the Ocean yang tersimpan di dalam poket kot Caledon yang dipakainya.
Kembali sebagai perempuan tua pada 1996, Rose kini menuju ke dek kapal pemburu khazanah dan mencampak Heart of the Ocean ke dalam lautan, tempat Jack meninggalkannya.
Kembali ke bilik Rose, penonton dapat melihat pencapaian hidupnya termasuk gambar foto dia menunggang kuda di Santa Monica Pier, seperti yang dicadangkan bersama di antara dia dan Jack. Terdapat juga gambar-gambar lain yang dapat dilakukan Rose seperti yang dirancang mereka berdua. (Untuk melihat gambar tesebut, sila ke http://www.rosedawson.com) Rose baring di atas katilnya, babak yang diperdebatkan sama ada dia hidup atau telah mati. Kembali ke dasar laut, Titanic muncul di dalam kegelapan dan segala-galanya berubah menjadi baru. Seorang anak kapal membukan pintu ke Tangga Utama dan di sana terdapat semua yang telah mati pada malam tersebut tersenyum dan mengalu-alukannya. Di atas tangga berdirinya Jack, menghadap jam yang ditunjukkan sebelumnya di dalam filem. Jack berpaling dan tersenyum ke arah Rose yang kembali berusia 17 tahun yang membalas senyumannya. Mereka berkucupan di hadapan khalayak yang kemudian bertepuk tangan lalu bertukar untuk kredit penutup
Jika babak tersebut menunjukkan kematian Rose, ini menunjukkan yang mereka telah bertemu semula setelah penantian Jack selama 84 tahun. Sebaliknya, dalam lirik lagu tema filem, "My Heart Will Go On" yang dinyanyikan oleh Celine Dion, bermula dengan, "Every night in my dreams, I see you, I feel you," - (Setiap malam dalam mimpiku, Kulihatmu, Kumerasaimu") menunjukkan yang Rose hanya tidur dan bermimpikan Jack.

haha..sweet kan..tak rugi tgok crite nie bnyak kali..sbb crite nieyh cm real..dah la real mnyentuh kalbu lak tu...
dari ape yang jieha tahu lah kan ..
bile filem epik ini tidak siap dalam tempohnya untuk dilancarkan pada Julai 1997, ia mengejutkan Hollywood. Dua studio yang menerbitkannya, 20th Century Fox (yang memegang hak pengedaran antarabangsa dan memiliki hak ke atas nama filem Titanic) dan Paramount Pictures (yang memegang hak untuk Amerika Syarikat) turut panic. Ketika pertengahan 1997, Titanic menjadi filem yang paling mahal yang pernah dibuat (dilaporkan hampir AS$285 juta). Apabila pengarah James Cameron akhirnya menyerahkan filem tersebut kepada Paramount, tayangannya melebihi 3 jam dan ada yang berpendapat dia takkan bekerja dalam Hollywood lagi kerana buat ‘sehingga tak ingat dunia’. Kemudian Cameron menegaskan yang dia tak mahu orang lain menyuntingnya sesuka hati.
Tarikh pelancaran dituda ke 19 Disember 1997, filem ini mula dengan promosi yang sedikit dan penjualan tiket memulangkan $28 juta. Dalam seminggu, keuntungan berganda sebanyak tiga kali. Ketika Tahun Baru, filem ini mencecah $100 juta dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Jika tidak dikira kadar inflasi, ia berada di tempat pertama selama empat bulan dan menjadi filem yang paling banyak mengaut keuntungan dengan lebih $1.8 bilion seluruh dunia. . .
hehe..btw crite nieyh mmang best :D
# NOTA KAKI : walau ape pon tu just crite je..tapi jieha dgr bnde tu mmng terjadi..tapi trus terang jieha cakap crite tu btul2 mnyetuh perasaan..(emo sikit nieyh ) #
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 oo blogger's respon at jieha:

ยช
Copyright © . All Right Reserved by Najeeha Ramli