Online Diary ◕‿◕ najeeha ramli ◕‿◕: Kaedah- Kaedah Nak Study :)

May 7, 2012

Kaedah- Kaedah Nak Study :)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
assalamualaikum korang sume . . hewhew :3
tahun nieyh ramai kengkwan jieha yang amik SPM or PMR . . so jieha nak share something dengan korang . hope korang suke okeyh (!) :
-Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

WENG-WENG ! :

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. korang boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah korang baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri korang tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan korang menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang korang lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun korang tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan korang mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan korang merujuk kembali apa yang telah korang baca. Ia tidak menjamin ingatan korang tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan korang. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang korang hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar korang tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun korang tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaja buku dan membacanya. Jika korang mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika korang mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa,korang boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun korang sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak korang membaca, semakin tinggi keyakinan diri korang untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa bertanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan korang. Biar pun korang sudah faham , korang masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan korang. Anggapkan guru anda, kakak atau abang korang, kawan-kawan korang sebagai orang yang boleh membantu korang dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang korang rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang korang anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang korang buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.




Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri korang sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin korang memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang korang serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika korang berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika korang mahu berjaya dalam akademik, korang perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, korang mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. korang perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan korang mematuhi rentak tersebut. Jika korang seorang pelupa, pastikan korang mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika korang perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup korang kelak. Apa yang korang hendak capai. Apakah corak hidup yang korang hajatkan. Apakah yang hendak korang berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa korang sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah korang berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara korang ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri korang dan keluarga korang? Bila korang membaca buku, kaitkan dengan hidup korang. korang bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , korang mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri korang , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. korang boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika korang pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat korang untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong korang dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk korang belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji korang sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika korang gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan korang membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum korang membaca mukasurat yang terhutang, pastikan korang telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah korang bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk korang mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan korang , semakin besar ujian ketahanan diri korang. Beritahu diri korang , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”


Ke sembilan belas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan korang
Jika korang mahu belajar tetapi rakan-rakan korang tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi korang dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa korang. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya korang tidak mahu melukakan hati mereka. Jika korang mengikut rentak mereka, korang akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi korang kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan korang bertungkus-lumus, korang mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan korang pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat korang
Sambil korang berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang korang hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat korang untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah korang. Jika korang minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau korang juga boleh menolong kawan korang membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. korang tahu mengapa korang belajar kerana korang mempunyai hala tujuan yang nyata.

oke . . hope korang bole follow~~ penat carik n taip semate2 tok koarang . .
# NOTA KAKI : so for conclusion nye (!) Belajar adalah suatu seni. Jika korang tahu menguasai seni tersebut , korang boleh berjaya biar pun diri korang mempunyai beberapa kekurangan . .
sayang kau kawan . . hope korang sucsess #
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 oo blogger's respon at jieha:

Nurrul Hazieqah said...

Nice perkongsian.. Nurrul akan cuba ikut tips nie :D

najeeha ramli said...

@Nurrul haha . . oke .. good luck dear :)

ª
Copyright © . All Right Reserved by Najeeha Ramli