Online Diary ◕‿◕ najeeha ramli ◕‿◕: Tanda Lelaki Sayang Kita

December 22, 2011

Tanda Lelaki Sayang Kita

assalamualaikum korang sume (!).. hhee rindu seyh nak blogwalking..lame beno x wat hupdate..line broadband tu jeles beno ngan jieha.. ececehhh (!)
ary tu g byr broadband kene rm 159.90.. mmmakkk aii (!).. terkejut seyh.. haha tu lah online x ingat dunia..:D
btw..ary niey jieha punye entry jiwang skey la.. tajuk nye "tanda lelaki sayang kita".. haha
entry nie jieha buat sbb ade sorang gades nieyh mintak pendapat jieha .. advised nie di minta oleh adeq lina . .
hehe.. jieha just share ape yang jieha tau je keyh.. dear adeq lina hope kamoo enjoy ye :D. .
tapi if korang nak follow entry nie pon x ape.. ape salah nye kan ?? lagi bagus right ? hah
k lah jom bace :
Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk korang ..

Sekiranya korang menyedari teman lelaki korang sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata korang tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping dengan korang sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya korang... ( nak jgakkk !) haha

Selain itu, jika teman lelaki korang sentiasa buat hati korang senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada korang. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan korang anggap teman lelaki korang seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba bagi nasihat at korang. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara korang. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasan korang, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika korang setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan korang fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Korang pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali korang bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidup korang, tetapi risau sekiranya korang mula berpaling tadah apalagi setelah korang berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap korang..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya korang bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya korang boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada korang.. .(fact !)
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelaki korang berperangai pelik tidak ubah mcm budak2 semata-mata untuk mendapat perhatian daripada korang.. Si dia nak bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah korang sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula korang sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi je tau.. haha
tak bole nak bayang kan lahn.. :D
Korang hadapi masalah dan orang pertama yang datang tolong korang adalah BF korang kan. .. Tandanya dia tak nak tgok korang susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan korang senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan dari korang dan korang tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelaki korang sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang korang kepadanya jadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar korang tahu betapa si dia sentiasa mahu korang ingat diri korang sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tak ke korang terharu bile tgok seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi korang. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buat korang.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi korang apabila teman lelaki korang lebih mementingkan diri korang berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk korang. Asalkan korang sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri korang peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..
so.. that's all je yang bole jieha share ngan korang sume keyh.. renung2 kan lah ye.. btw salam ..
# NOTA KAKI : advised jieha jgn ingat sume laki nieyh same. . tak sume laki nie jahat.. don't judge someone to just look under the cover dear. . nilai lah betul2..#
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 oo blogger's respon at jieha:

eddy syrol said...

saya lelaki yang sedikit mudah marah..huhuhu..
kalau tanda pompuan sayang laki cane lak? (~_~)

eva said...

sronok membaca.. bgs jadikan info.. ehhehe.. slamat pagi ;)

najeeha ramli said...

@eddy syrolmudah mara ? alamak . . awak kene kawal sket mara tu.. lau x takut lak pompuan nak dekat . . hehe

najeeha ramli said...

@evahehe thankz coz sudi singgah n bace entry2 jieha :)

ยช
Copyright © . All Right Reserved by Najeeha Ramli