Online Diary ◕‿◕ najeeha ramli ◕‿◕: Lelaki Idaman . .

December 11, 2011

Lelaki Idaman . .

assalamualaikum korang. . hah (!) jawab jangan tak jawab lak..hoho jahat nye lah.
btw lately nie jieha x de idea lah nk hupdate ape..
tadi jieha dok belek2 buku remaja. .trbace satu rntry nie..haha
lawak lah pulak nak ckp..kecik2 nak gatal pulak..btw jieha just share je keyh . . "sharing is caring" kan..haha
it's about lelaki idaman. .cewwwaahhh (!). .

kalau korang tnye jieha. . mesti lah jieha nak yg cam nieyh :
Lelaki idaman jieha adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH

Lelaki idaman jieha adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman jieha adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman jieha sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman jieha tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman jieha sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang man buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman jieha adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa jieha bersama
Dialah Lelaki Idaman jieha. .jgn cakap jieha nieyh memilih..tapi mmng lau bab2 gini..msti lah kite nak yg trbaek ..betol x ?


couple2 tu x salah tapi biar lah tau batas masing2. . kan2 ..haha
oke lah that's all je tok entry kali nie..jieha de keje sikit..haha
# NOTA KAKI: sorry tau lau de salah silap ejaan ke kan..maklom lah tgn nie laju sgt nak menaip..haha (poyo) je kan . . #
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 oo blogger's respon at jieha:

ยช
Copyright © . All Right Reserved by Najeeha Ramli