Online Diary ◕‿◕ najeeha ramli ◕‿◕: Kelebihan makan coklat !

December 13, 2011

Kelebihan makan coklat !

assalamualaikum reader's sekalian . . hehe sorry to say lah korang lately jieha jarang nak menhaupdate blog nie. . kekeringan idea la guy's . . haha
hah(!) tpi entry kali nieyh jieha nak hupdate about "coklat" . . terpk idea nie mase makan coklat siang tadi. . adeq belanje. . haha
jieha tertanye2 jgak ape kelebihan makan coklat. . ade yg ckp mkn coklat nie bgs.. ade yg ckp x ..
cmane tu . . btw it's oke lain org lain pndapat right ? . .

APA ITU COKLAT?

Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko. . .

KELEBIHAN COKLAT

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.

Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.

Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:

(a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan

(b) Membantu menguatkan hafalan

(c) Membantu menajamkan mata dan minda

(d) Membantu memulihkan keletihan saraf

(e) Membantu menguatkan daya ingatan

(f) Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

(g) Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung

(h) Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan

(i) Melambatkan proses penuaan. .


jieha x berani nak habaq pape lah. . sbb jieha x tau sgt . . haha
baru jieha tau. . tergerak lak aty nak interview kengkawan. . entah pape lah kan..haha
but sumber nie jieha take dari google :
"
Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
Lemak kok yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.
Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.
Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat.
Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama
Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran". .
that's all ye. .

# NOTA KAKI : sorry lau de salah silap. . acctually jieha x suke sgt makan coklat nie..manis sgt lah..adeq jieha treat kan.. sapu jelah. . haha #
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 oo blogger's respon at jieha:

ยช
Copyright © . All Right Reserved by Najeeha Ramli